Wednesday, January 13, 2010
TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN !

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
WALAUPUN KAU ORG DAH PERNAH DPT....AKU NAK HANTAR GAK KAT KAU ORG......
Muga2 lebih kerap BACA, Lebih lekat di KEPALA & Lebih bertambah TAKUT kepadanya LALU lebih SEDIA utk KIAMAT.
AMAL MA'RUF ........ NAHI MUNGKAR !!!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim ~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ tapi kosong melainkan Jumaat dan 2 'aid ... memang dah nampak dah ...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal dan dimuliakan ?
7). Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ george bush
8). Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa tapi dgn orang kafir tersangat mesra ...
9). Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang". ~ fesyen zaman se karang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10). Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11). Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12). Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq
13). Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir
Posted by mujahid islam at 8:58 AM 2 comments
Labels: isu semasa
Sunday, January 10, 2010
Tips Menguasai Perasaan Marah

SIFAT suka marah adalah tabiat tidak disukai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah marah nescaya engkau memperoleh Syurga.” (Riwayat Tabrani)
Mengikut hadis yang diriwayatkan Bukhari, seorang lelaki meminta nasihat dari Rasulullah SAW. Sabda baginda, “Jangan kamu marah...”
Jika umat Islam dapat rasai bahawa marah sesuatu yang tidak baik maka akan timbul rasa bersalah untuk marah-marahkan orang lain.
Kalau pun ada perasaan hendak marah dapatlah dibendung agar tidak melampaui batas dibenarkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kuat seseorang itu dengan kuatnya tubuh badan tetapi dinilai kuatnya apabila dia dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Untuk meredakan kemarahan yang membuak-buak itu dianjurkan beberapa perkara:
1. Tinggalkan majlis yang menyebabkan anda menjadi marah
2. Segera sejukkan diri dengan mengambil wuduk
3. Solat sunat mutlak dan beristighfar keinsafan
4. Baring bagi merehatkan fikiran.
Apabila berhadapan dengan orang yang sedang marah, tenteram dengan:
1. Laungkan azan di telinga kanan dan kirinya, dan jika tidak boleh menghampirinya bayangkan telinganya dan azankan padanya
2. Minta maaf kalau anda di pihak yang bersalah dan lembutkan hatinya dengan memohon maaf walaupun dia di pihak bersalah
3. Jika tidak berkurang juga, tinggalkan dia sendirian
4. Doakan kepada Allah SWT agar dihilangkan sifat marahnya itu.
Manakala seseorang yang melakukan dosa kemudian insaf atas perbuatannya yang lalu adalah sesuatu yang baik. Itu petanda dia sudah bertaubat.
Seseorang yang bertaubat (diterima taubatnya) seperti orang yang tidak berdosa lagi.
Seseorang Islam tidak boleh bersikap putus asa dan taubatnya mesti dibuat selalu dan selagi belum dirasai ketenangan teruskan bertaubat. Allah SWT suka mendengar rintihan hamba-Nya yang bertaubat.
Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.
Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.
Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.
Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”
Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.
“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.
“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.
Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.
(Rujukan ‘Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran’ oleh Dr Danial Zainal Bidai).
Benarlah firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Dijawab oleh Dr Danial Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy yang pakar motivasi.
Posted by mujahid islam at 8:12 AM 0 comments
Labels: tips-tips
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
