"di dalam badan manusia ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya,jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya,ketahuilah daging itu ialah HATI"...jika rasa hidup ini empty ,check balik hati kita...muhasabah diri...

Wednesday, January 13, 2010

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN !



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
WALAUPUN KAU ORG DAH PERNAH DPT....AKU NAK HANTAR GAK KAT KAU ORG......
Muga2 lebih kerap BACA, Lebih lekat di KEPALA & Lebih bertambah TAKUT kepadanya LALU lebih SEDIA utk KIAMAT.
AMAL MA'RUF ........ NAHI MUNGKAR !!!

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim ~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ tapi kosong melainkan Jumaat dan 2 'aid ... memang dah nampak dah ...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal dan dimuliakan ?
7). Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ george bush
8). Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa tapi dgn orang kafir tersangat mesra ...
9). Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang". ~ fesyen zaman se karang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10). Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11). Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12). Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq
13). Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

2 comments:

norain@sally said...

salam..
haikal, aq bangga ada kawan mcm ko..
xde nak2 muda yang nak berdakwah mcm ko..
sedikit sebanyak aq tersedar kita ni dah sampai di hujung hayat dunia..
ape yang ko post sumenye btul dah terjadi..
takut nak menghadapi sume ni..
cadangan aq ape kate ko cari artikel yg berkaitan dunia kiamat 2012..
ramai yang dah tersalah anggap dan percaya pada omputih..
harap blog ko ni dapat memberi jawapan..

mujahid islam said...

wasalam...hhehe...aku nie cuma insan x luar biasa..ramai lagi anak muda y lebh hebat dalam dakwahnya..aku nie masih dalam merangkak lagi...jagnlah ain risau...jika ain berpegang kuat pada tali allah..allah akan selamtkan ain...di antara y akan berlaku pada kiamat nanti ialah akan dimatikan semua orang yang beriman...tinggal y x beriman utk merasai azab allah y amat dahsyt...berkenaan 2012...kiamt tidak semestinya akan berlaku pada 2012..kiamat boleh berlaku pada bila2 masa saje..bila allah kate jadi,maka jadi lah ia...sedangkan nabi muhammad sendiri tidak diberitahu bila berlakunya kiamt...oleh itu kita kena buat apa yang allah suruh dan tinggal apa yang allah larang...sebaik-baik bekalan ialah taqwa..insyallah akan ku mencari article y menolak dunia kiamat 2012..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."